Namun, hasil nilai varians r² membuktikan bahawa hanya 57.7 peratus corak peningkatan faktor pengetahuan kolokasi bahasa Arab dijelaskan oleh perubahan corak saiz kosa kata, selebihnya oleh faktor lain yang tidak dapat dikesan. 01) bahkan perhubungan positif yang kuat. Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara saiz kosa kata dan pengetahuan kolokasi bahasa Arab berkorelasi secara signifikan ( r =. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dengan memilih seramai 150 orang pelajar yang sedang mengikuti kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari empat buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Perak. Dua set ujian iaitu ujian saiz kosa kata dan ujian kolokasi bahasa Arab telah diedarkan kepada pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek bahasa Arab di sekolah menengah agama di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara saiz kosa kata dan pengetahuan kolokasi bahasa Arab. Keterbatasan kosa kata adalah antara punca kegagalan pelajar menguasai teks bacaan, berkomunikasi dan menghasilkan penulisan yang baik. Saiz dan kedalaman kosa kata merupakan dua disiplin ilmu yang mempunyai perkaitan.
0 Comments
Leave a Reply. |